sumber dari : youtube by Hafizi Legendboy
Cebisan Nota Itu...
setiap langkah itu pasti bermatlamat
Wednesday 5 December 2012
Monday 3 December 2012
Sahabat Seperjuangan…
KPLI JQAF PENDIDIKAN ISLAM (PENDIDIKAN KHAS)
Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan
mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara
cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada
penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang
meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan
agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin
darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu
punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak
goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan
itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku
mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap
seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak
sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid
dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti
Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
Subscribe to:
Posts (Atom)